Sabtu, 3 Oktober 2009

Malaikat Jibril : wahyu pertama

JIbril A.S. adalah malaikat yang ditugaskan oleh Allah S.W.T. untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada para Nabi Alaihimussalam.

WAHYU PERTAMA YANG DITERIMA OLEH NABI S.A.W.
Pada suatu malam, di gua Hira' Nabi sedang berkhalwat(bertafakkur) datang kepadanya malaikat Jibril A.S. dan berkata :

"Bergembiralah hai Muhammad, saya adalah Jibril dan tuan adalah utusan Allah untuk umat ini."

Selepas itu Jibril A.S. memerintahkan kepada baginda S.A.W. supaya membaca, tetapi baginda S.A.W. menjawab "saya tidak dapat membaca." Baginda lalu diselimuti dengan selimut yang biasa dipakai untuk tidurnya, sehingga terasa sesak sekali. Setelah itu dibuka semula dan jawapan yang sama diberikan baginda. Kemudian diselimut kali kedua, lalu dibuka juga sama. Untuk ketiga kalinya Jibril A.S. memerintah baginda membaca, dan jawapan yang sama diberikan. Kemudian Jibril A.S. membacakan wahyu yang pertama :


(Maksudnya)
-Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(makhluk).
-Yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
-Bacalah, Tuhanmu itu Maha Pemurah.
-Yang mengajarkan tulis menulis dengan pena.
-Mengajar menusia apa-apa yang belum diketahuinya"
(Al-Alaq : 1-5)
Itulah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi S.A.W. dari Allah S.W.T. dengan perantaraan malaikat Jibril A.S.

Tiada ulasan: