Sabtu, 3 Oktober 2009

Malaikat Jibril : wahyu pertama

JIbril A.S. adalah malaikat yang ditugaskan oleh Allah S.W.T. untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada para Nabi Alaihimussalam.

WAHYU PERTAMA YANG DITERIMA OLEH NABI S.A.W.
Pada suatu malam, di gua Hira' Nabi sedang berkhalwat(bertafakkur) datang kepadanya malaikat Jibril A.S. dan berkata :

"Bergembiralah hai Muhammad, saya adalah Jibril dan tuan adalah utusan Allah untuk umat ini."

Selepas itu Jibril A.S. memerintahkan kepada baginda S.A.W. supaya membaca, tetapi baginda S.A.W. menjawab "saya tidak dapat membaca." Baginda lalu diselimuti dengan selimut yang biasa dipakai untuk tidurnya, sehingga terasa sesak sekali. Setelah itu dibuka semula dan jawapan yang sama diberikan baginda. Kemudian diselimut kali kedua, lalu dibuka juga sama. Untuk ketiga kalinya Jibril A.S. memerintah baginda membaca, dan jawapan yang sama diberikan. Kemudian Jibril A.S. membacakan wahyu yang pertama :


(Maksudnya)
-Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(makhluk).
-Yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
-Bacalah, Tuhanmu itu Maha Pemurah.
-Yang mengajarkan tulis menulis dengan pena.
-Mengajar menusia apa-apa yang belum diketahuinya"
(Al-Alaq : 1-5)
Itulah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi S.A.W. dari Allah S.W.T. dengan perantaraan malaikat Jibril A.S.

Pengertian Mengenai Malaikat

Assalamualaikum Warah Matullah,

Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang diperbuat daripada NUR, mereka tidak makan minum dan hamba Allah S.W.T. yang dimuliakan. Tidak pernah menderhakai Allah S.W.T. dalam segala perintah dan selalu melakukan apa yang diperintahkan kepada mereka.

Nabi S.A.W. pernah bersabda:

"Malaikat itu diciptakan dari Nur, dan Jin diciptakan dari nyala api, manakala Adam diciptakan dari apa yang disifatkan bagi kamu"

Firman Allah S.W.T. : (Maksudnya)

"(Para malaikat itu) tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan" (At-Tahrim: 6)

Salam Ukhuwah Pada Sahabat-Sahabat Sekalian..

Assalamualaikum Warah Matullah ...





Aku Baru Sahaja Nak Bukak Blog..
Aku Nie Budak Baru Belajar..

InsyaAllah Sekiranya Aku dapat ilmu/sebarang pengetahuan akan aku kongsi dengan kalian.
Harap Sahabat Dapat Bantu Aku Yang Kurang Ilmu Ini..